Friday 6 January 2012

Tahun 2012

Bermula tahun baru ni kita mulakan dengan azam baru....maaf la sebab lama tetinggal update blog ni...sibuk sket kebelakangan nih...

Bicara pasal emas, hujung tahun 2011 merupakan fasa turun naik emas seperti yang dijangka...walaubagaimanapun harga emas masih kekal releven dan menjadi agenda pelaburan utama bagi negara-negara  seluruh dunia. Mungkin perhatian terhadap krisis ekonomi eropah, ketidaktentuan ekonomi kuasa besar seperti US, china dan sebagainya menyebabkan fasa turun naik emas ini berpanjangan.

ok....

balik kepada perkhidmatan yang kami sediakan semula pada 2012

1. tawaran jualan emas yang rendah dan murah
2. tawaran jualan emas tanpa upah (hanya melalui kami)
3. khidmat nasihat percuma dan berkesan

sebab dah lewat malam ni...insyaAllah pagi2 esok kami update perihal terkini emas, stok emas baru di kedai dan sebagainya.

sekian

Tuesday 4 October 2011

Kenaikkan Atau Pembetulan....Tunggu Dan Lihat Sehingga Jumaat

Assalamualaikum dan selamat pagi

Agak sibuk juga minggu lepas, tempahan emas rakan-rakan, urusan pejabat, urusan my little princess n kenduri aqiqah serta doa selamat....alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

nak tulis pagi ni bukan pasal yang dah berlaku last week but nak tengok aper yang akan berlaku minggu ini.....tentunya harga emas menjadi topik utama....

Bermula tengahari semalam (03/10/11) sehingga lah pagi ini harga dan pasaran emas negara dan dunia telah mula mendaki semula...maksudnya naik balik lah yer...selepas pergerakan yang agak mendatar minggu lepas...ni merupakan sedikit petikan akhbar berita harian berkaitan penurunan n ramalan harga emas minggu lepas sehingga hujung minggu ini. (sila click yer)


bagi minggu ini, bukaan niaga emas bermula rendah sekitar 1630 mata (rujuk niaga emas semalam) walaubagaimanapun dalam tempoh kurang 6 jam, peningkatan ketara niaga emas sehingga mencatatkan peningkatan lebih 30 mata melepasi paras 1660 dan meningkat lagi kepada 1668 mata sebelum ditutup pada 1661 mata.



Bagi pasaran negara kita yang tercinta pula, terdapat peningkatan ketara dimana pada pagi semalam (3/10/11) niaga emas dibuka sekitar RM 169.00 tetapi mungkin akibat spekulasi positif bajet 2012 Jumaat nanti serta peningkatan niaga emas dunia, pasaran emas kita bergerak positif sehingga mencecah RM 173.00 sebelum ditutup pada RM 172.20....

Jadi bagi minggu ini, kepada rakan2 yang masih berminat untuk membeli, kumpul emas2 ni masih ader peluang sebelum jangkaan lantunan selepas Jumaat ini berlaku.

Sekian dan terima kasih
*maap yer, saya hanya memberikan pendapat berdasarkan pemerhatian peribadi...sekian